Monday, June 15, 2009

UDANG MASAK KALIO

Bahan-bahannya :
1 kg udang besar
15 biji cili merah ]
15 ulas bawang merah ]
5 ulas bawang putih ] dikisar
2 cam kunyit hidup ]
2 biji kelapa, ambil santan pekat
4 batang serai, dititik
6 keping asam gelugur
7 helai daun limau purut, dihiris halus
Sedikit minyak untuk menumis
Gula dan garam secukup rasa

Cara Membuatnya :
1. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan kisar hingga naik bau. Masukkan santan pekat dan serai.
2. Biarkan mendidih dan kuah pekat, baru masukkan udang
3. Masak hingga kuah pekat, masukkan daun limau purut. Rasakan gula dan garam.

No comments:

Post a Comment