Tuesday, February 10, 2009

OPOR AYAM

1 ekor ayam , potong empat dan bersihkan
½ biji kelapa parut, buat santan
½ biji kelapa parut, buat kerisek
2 keping asam gelugur
2 sudu besar jintan manis ]
2 sudu besar jintan putih ] disangai dan kisar
2 sudu besar ketumbar ]
5 ulas bawang putih ]
10 ulas bawang merah ]
1 inci halia ]
20 tangkai cili kering ] dikisar halus
3 batang serai ]
½ inci lengkuas ]
1 inci kunyit hidup ]
2 inci kulit kayu manis ]
5 biji buah pelaga ] bahan penumis
3 kuntum bunga lawang ]

Cara Membuatnya :
1. Perapkan ayam dengan garam dan kunyit. Goreng ayam separuh masak.
2. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan penumis bersama bahan kisar hingga naik bau.
3. Masukkan santan, asam keping, kacau rata. Masukkan kerisek dan ayam, gaul rata. Kalau terlalu pekat, masukkan sedikit air. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
4. Bila ayam telah empuk dan masak, matikan apinya, hidang dan hias mengikut citarasa tersendiri

No comments:

Post a Comment

Post a Comment