Wednesday, December 31, 2008

KUIH BAKAR BERLAUK

Bahan-bahannya :
500 gram tepung gandum
2 biji telur
2 mangkuk sedang santan
Garam secukup rasa
Sedikit pewarna kuning

Bahan Lauk :
500 gram daging kisar
4 pelepah daun sop
3 biji cili merah
2 labu bawang besar ]
3 ulas bawang putih ] dikisar
1 cm halia ]
3 sudu rempah kari daging
Sedikit air
Garam dan gula seckup rasa

Cara Membuatnya :

1. Tepung gandum dicampur dengan tlur, garam dan pewarna kuning, kacau rata dan dikisar halus supaya tidak bergentel. Sukatan santan ikut kecairan, tidak pekat dan tidak cair.
2. Daging dibersihkan, basuh dan toskan dalam tapis halus. Cili merah dan daun sup dimayang halus
3. Dalam kuali, pijarkan minyak, tumiskan bahan kisar hingga wangi. Masukkan rempah kari dan daing. Tuangkan sedikit air untuk empukkan daging dan kacau hinnga kering.
4. Sediakan acauan pembakar, sapukan sedikit minyak dan tuangkan adunan dan taburkan inti , lada hiris dan daun sup. Bakar hingga masak.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment