Wednesday, December 31, 2008

KEK ASAM MANIS

Bahan-bahan :

10 biji telur ayam
16 auns butter (tin kecil)
2 gelas gula pasir
2 gelas tepung biskut tawar (cream crackers)
1 tin susu pekat manis (tin kecil atau ¾ tin besar)
20 bungkus asam gambir (haw flakes)
1 sudu teh baking powder
1 sudu the esen vanilla

Cara Membuatnya :
1. Pukul putih telur bersama gula hingga kembang
2. Pukul butter bersama kuning telur sebiji demi sebiji hingga kembang. Kemudian campurkan adunan dengan adunan putih telur dan baking powder, gaul rata
3. Masukkan tepung biskut tawar dan gaul rata
4. Bahagikan adunan kepada 2 adunan – hijau dan satu lagi tanpa warna.
5. Sediakan tin acuan yg telah disapu mentega. Tuangkan sedikit adunan kedalamnya lalu dikukus selama 10 minit. Angkat acuan, susun asam dan tuang warna sama kukus lagi 10 minit.
6. Buatlah seperti ini iaitu dua lapis warna dan dua lapis tanpa warna. Bila siap semua, kukus lagi selama 20 minit.

No comments:

Post a Comment