Wednesday, December 31, 2008

KUIH TALAM KELADI

Bahan-bahan bahagian bawah
1 cawan tepung beras
½ cawan sisi keladi Cina, potong dadu dan rebus ¾ masak
5 cawan santan cair
Garam secukup rasa

Bahan-bahan bahagian atas
1 cawan gula Melaka dihiris halus
7 biji telur ayam
1 biji kelapa dijadikan 3 cawan santan pekat
½ cawan gula pasir
½ cawan tepung beras
½ cawan tepung gandum
Sedikit pewarna coklat
Garam secukup rasa

Cara membuatnya :
1. Keladi dibuang kulitnya potong dadu direbus jangan terlalu empuk, angkat dan toskan
2. Tepung beras digaul bersama santan cair dan garam secukup rasa.
3. Panaskan kukus. Sapukan loyang dengan minyak, masukkan potongan keladi rebus dan tuangkan adunan tepung beras. Kukus sehingga separuh masak
4. Membuat bahagian atas. Tepung gandum, tepung beras, garam digaul dengan santan. Kisar halus dan tapis. Masukkan gula melaka, gula pasir dan pewarna coklat dan gaul rata. Tuang atas bahagian bawah, kukus hingga masak.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment