Wednesday, December 31, 2008

TALAM SUJI

Bahan-bahan lapis bawah
2 cawan tepung suji
Garam dan air secukupnya
Sedikit pewarna kuning

Cara membuatnya :
1. Gaulkan tepung suji dengan air dan garam sehingga sebati dan naikkan atas api sederhana kacau sentiasa agar tidak bergentel. Kalau pekat, tuangkan sedikit air.
2. Bila telah separuh masak angkat dan tuangkan kedalam loyang yang telah disapu dengan marjerin lalu ditekan rata.
3. Kukus bahan ini hingga naik wap baru tuangkan bahagian atasnya.

Bahan-bahan lapis atas
1 cawan gula melaka yg dihiris halus
7 biji telur ayam
1 biji kelapa jadikan 3 cawan santan pekat
½ cawan gula pasir
½ cawan tepung beras
½ cawan tepung gandum
Sedikit pewarna coklat dan garam

Cara membuatnya :
1. Tepung beras, tepung gandum digaul bersama santan hingga sebati dan masukkan garam, telur lalu dikisar dengan blender dan ditapis bahan ini kedalam bekas lain.
2. Masukkan gula pasir, gula melaka, kucau rata dan masukkan warna coklat dan gaul rata
3. Tuangkan adunan ini kedalam loyang yg dikukus bahan bawah tadi dan kukus hingga masak
4. Angkat dan biarkan sejuk baru dipotong

No comments:

Post a Comment

Post a Comment