Tuesday, January 6, 2009

BOTOK-BOTOK

Bahan-bahannya :

3-4 keping ikan tenggiri
1 senduk nasi rempah kari ikan
2 sudu besar kerisek
Asam jawa sebesar bola pingpong
3 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1 ½ inci halia
½ inci lengkuas
5 batang serai
Daun-daun – pucuk ubi, pucuk betik, pucuk mengkudu, pucuk daun bunga teh, pucuk kaduk, pucuk buas-buas, pucuk semangkuk dan lain-lain (basuh dan tos)
Daun pisang unguk membungkus

Cara Membuatnya :
1. Ikan dibersihkan dan tos
2. Rempah, kerisek dan bahan kisar, digaul sebati bersama asam jawa (buang biji). Letak gula dan garam secukup rasa.
3. Layur daun pisang. Susunkan daun-daun ulam, letak rempah yg digaul tadi dan letak sepotong ikan, letak rempah kari lagi, dan letak lagi daun-daun ulam. Bungkus kemas.
4. Buat hingga habis ikan dan daun. Kukus botok-botok selama 30 minit, keluarkan dan hidang dengan nasi. Sedap dimakan panas-panas.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment