Monday, June 8, 2009

NASI JAGUNG

Bahan-bahannya :
2 kg beras basmati ( * kalau pakai basmati, ukuran air – 1:1, maknanya 1 pot beras, letak pot air. Kiralah 2 kg beras dpt berapa pot, lepas tu air juga jumlah yg sama)
5 sudu besar minyak sapi
2 sudu besar marjerin
2 helai daun pandan
½ tin susu cair
* Air, ikut sukatan beras
1 cawan jagung fresh atau jagung frozen
Sedikit gula dan garam secukup rasa

Bahan penumis :
1 inci kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
4 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
2 biji bawang besar, hiris

Bahan kisar :
2 cm halia
5 ulas bawang putih
2 bji bawang besar

Cara Membuatnya :
1. Panaskan minyak sapi dan marjerin dan masukkan daun pandan. Masukkan bahan penumis, kacau sekejap sehingga bawang hiris layu dan masukkan bahan kisar.
2. Masukkan susu cair, biarkan sebentar baru masukkan air, gula dan garam secukup rasa. Tutup periuk, biarkan mendidih.
3. Bila sudah mendidih, masukkan beras dan kacau rata.
4. Bila dah naik wap, masukkan jagung dan kecilkan api. Kacau nasi sekali lagi.
5. Tutup periuk, kecilkan api. Biarkan nasi masak.

1 comment: