Bahan-bahannya :
1 kg daging lembu, potong ikut suka dan bersihkan
2 batang serai
20 biji cili kering, rendam dan kisar halus
10 biji cili padi ]
5 cm halia ]
5 cm lengkuas ] kisar halus
5 cm kunyit hidup ]
15 ulas bawang merah ]
10 ulas bawang putih ]
4 sudu besar kelapa parut, buat kerisek
2 biji kelapa parut , ambil santan 3 mangkuk , kalau daging liat, boleh tambah santan
8 ulas bawang merah dan 4 ulas bawang putih, dimayang dan digaulkan dgn sedikit garam.
Gula dan garam secukup rasa
Cara Membuatnya :
1. Masukkan daging , serai, bahan kisar dalam kuali. Kecutkan daging sekejap.
2. Masukkan santan, kacau hingga daging empuk.
3. Masukkan kerisek, gula dan garam secukup rasa.
4. Panaskan minyak dalam kuali lain, goreng bawang-bawang yang dimayang. Bila garing, masukkan kedalam rendang dan kacau sebati.
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete