Friday, May 29, 2009

IKAN MASAK KUAH LADA

Iini adalah versi asam pedas yang berempah, selalunya dimasak dengan ikan-ikan seperti pari, tenggiri, parang dan mayong. Resepi ini juga boleh digunakan untuk masak daging tetel dan masakan daging tetel ini dipanggil Gerang Asam oleh orang Melaka)

Bahan-bahannya :

1 kg ikan tenggiri atau parang atau merah, potong dan bersihkan
15 biji cili kering, rendam dan kisar halus (buang biji kalau tak suka pedas) ]
1 inci halia ]
1 inci kunyit hidup ]
10 ulas bawang merah ]
3 ulas bawang putih ] kisar halus
Belacan sebesar ibi jari ]
1 sudu besar jintan manis ]
1 sudu besar jintan putih ]
1 sudu besar lada hitam ]
1 keping kelapa bakar (bakar, kikis, parut dan tumbuk hingga jadi kerisek). Kalau susah, gunakan 3 sudu kerisek biasa, tapi hilang keaslian masak kuah lada Melaka
Minyak untuk menumis
Asam jawa pekat secawan
Air secukupnya
2 helai daun limau purut
Sayuran – tomato dan terung atau kacang bendi
Gula dan garam secukup rasa

Cara Membuatnya :

1. Panaskan minyak. Tumis bahan kisar hingga naik bau. Bila dah naik minyak, masukkan kerisek. Kacau sebentar.
2. Masukkan ikan, terung (kalau letak terung) dan air asam jawa. Biar mendidih sedikit, masukkan daun limau purut, bendi dan tomato.
3. Biar mendidih, masukkan gula dan garam secukup rasa. Padamkan api.

1 comment: