Monday, May 25, 2009

RENDANG TOK

Bahan-bahannya :

1 ½ kg daging lembu, potong dadu dan bersihkan
16 ulas bawang merah ]
8 ulas bawang putih ] kisar halus
2 inci halia ]
5 sudu besar cili kisar cili kering
2 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu teh serbuk jintan putih
1 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu teh serbuk kunyit
½ biji kelapa, buat kerisik
½ biji kelapa , buang kulit ari dan hiris nipis
2 biji kelapa, perah santan 3 mangkuk
2 helai daun kunyit, hiris halus
1 ½ inci lengkuas, diketuk
4 helai daun limau purut
10 biji buah pelaga ]
8 kuntum bunga cengkih ]
5 cm kayu manis ] kisar halus
3 batang serai ]
Gula dan garam secukup rasa

Cara Membuatnya :

1. Gaulkan daging dengan semua bahan, kecuali garam, gula dan daun kunyit . Perap selama 2 jam
2. Masukkan daging dalam kuali dan didihkan dengan api perlahan hingga daging empuk, lebih kurang 2 jam. Masukkan gula dan garam secukup rasa.
3. Rasakan masin manisnya. Bila rendang kering, masukkan daun kunyit yg telah dimayang halus tadi, kacau rata dan tutup api.

No comments:

Post a Comment