Tuesday, January 6, 2009

BIHUN GORENG

Bahan-bahannya :
400 gram bihun, rendam hingga lembut
50 gm daging
50 gm udang
50 gm sotong
50 gm sawi
50 gm taugeh
3 sudu besar minyak masak
Gula dan garam secukup rasa

Bahan kisar
5 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
5 tangkai cili kering
Sedikit udang kering

Cara Membuatnya :
1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar hingga naik bau.
2. Masukkan daging, udang, sotong dan kacau rata. Masukkan sedikit air.
3. Masukkan bihun dan sawi, kacau rata.
4. Masukkan gula dan garam secukup rasa. Gaul sebati dan tutp api.
5. Hidangkan dengan kuah taucu.

Kuah taucu
Bahan-bahannya :
10 tangkai cili kering ]
10 bawang merah ] kisar halus
3 ulas bawang putih ]
1 botol kecil tauchu manis
½ cawan kacang tanah yg telah digoreng dan dikisar (jika suka)
Asam jawa,dan gula secukup rasa

Cara Membuatnya :
1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan kisar hingga naik bau. Masukkan taucu, air asam jawa dan gula secukup rasa. Masukkan juga kacang tanah jika suka.
2. Masak dengan api perlahan hingga pekat.
3. Hidang dengan bihun goreng.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment