Bahan-bahannya :
1 kg beras basmati
½ cawan minyak sapi
400 gram ayam bahagian dada atau daging batang pinang, dihiris
1 tin kecil tomato puree
150 gram buah tomato, dibelah-belah
1 batang carrot yg dipotong dadu
1 cawan kacang peas
Bahan kisar :
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
1 sudu besar jintan manis
1 sudu besar jintan putih
2 inci halia
3 sudu besar cili blend
Garam secukup rasa
Bahan penumis :
4 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
1 inci kulit kayu manis
5 biji buah pelaga
Bahan hiasan :
½ cawan bawang goreng
½ cawan gajus goreng
Cara Membuatnya :
1. Basuh beras dan toskan
2. Panaskan minyak dan tumis bahan penumis hingga wangi. tumis bahan kisar dan cili blend hingga naik bau dan naik minyak.
3. Masukkan ayam/daging dan kacau sebentar.
4. Masukkan beras, balik-balikkan sebentar. Masukkan air ikut sukatan beras.
5. Masukkan tomato puree
6. Masukkan garam secukup rasa
7. Biarkan nasi sehingga agak kering, baru masukkan tomato buah dan carrot
8. Bila nasi sudah masak, masukkan kacang peas.
9. Sebelum hidang, hiaskan dengan bawang goreng dan kacang gajus.
No comments:
Post a Comment